Tuesday, February 15, 2011

JBC Kuching

Salam vroom vroom......

Saja nak kongsi sedikit dengan kawan-kawan tentang apa dia JBC ni. Kalau geng-geng moto kat Kuching, nama JBC memang tidak asing lagi. JBC adalah singkatan dari Jaguh Bikers Club Kuching....
Pada awal penubuhan, JBC hanya sekadar segerombolan anak-anak muda yang memiliki motosikal jenama jaguh ini. Apabila ahli-ahli semakin bertambah, maka timbullah idea untuk menubuhkan kelab. Setelah beberapa siri perbincangan bersama ahli-ahli, maka terbentuklah JBC Kuching.





 loga JBC yang pertama 2000-2010            

.
   







Pada 15 November 2000, di bawah Akta Pertubuhan, maka dengan rasminya, kelab ini telah pun didaftar sebagai satu pertubuhan.



Apa pun, tujuan penubuhan JBC ini, adalah, memperkenalkan motosikal Modenas Jaguh berkuasa 175cc, buatan Malaysia kepada rakyat tempatan dan juga asing. Biar orang luar negara tahu, Malaysia juga ada motosikal yang tidak kurang hebatnya, walaupun hanya 175cc....
Yang seterusnya JBC dapat menghimpunkan semua pemilik-pemilik motosikal Modenas Jaguh dari seluruh daerah kuching dan kawasan yang sama waktu dengannya. Tidak kira mereka dari kawasan mana pun, semua adalah dipelawa untuk menyertai kelab ini.
Selain itu, JBC berhasrat memupuk dan menyedarkan para penunggang, khasnya ahli-ahli JBC supaya menunggang dengan lebih berhati-hati dan bertanggungjawab sebagai langkah untuk mengurangkan jumlah kemalangan jalanraya.
Itulah serba sedikit tentang JBC Kuching.....keluaran akan datang kita akan kongsikan aktiviti nya pulak....tungguuuuu....aku pun takda idea nak sambung lagi nie.....akhir sekali salam vroooooom vroooooooom dari saya.....chow chin chow.......

3 comments:

  1. apa makna "loga" ya...setauk aku logo ada lah...korek korekkk...

    ReplyDelete
  2. bro..mcm ney kah mun maok join JBC tok??? dgn siapa perlu sy brhubung???

    ReplyDelete